Langkau ke kandungan utama

Sepanjang tempoh projek selama 36 bulan ini, MYSUN akan membangun dan melaksanakan siri aktiviti yang ditujukan kepada 4 tonggak yang akan menjadi asas bagi hasil yang lestari seperti yang diringkaskan di bawah:

TONGGAK 1. ANALISIS & LATIHAN - projek ini akan mengkaji keadaan kelestarian di IPT Malaysia untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sebagai asas untuk mengenal pasti keperluan latihan, amalan yang baik untuk dikongsi, dan menyediakan cadangan untuk dibentangkan di peringkat kebangsaan. Ini akan menyokong pembangunan latihan yang berkaitan dan berkualiti yang akan digunapakai oleh rakan-rakan dalam institusi dan bengkel latihan kebangsaan, serta projek perintis MOOC.

  • Aktiviti 1.1 - Analisis mendalam tentang amalan kelestarian semasa di sekurang-kurangnya 40 kampus IPT di Malaysia, untuk menentukan keperluan latihan & institusi serta mengenal pasti amalan yang baik untuk berkongsi, menerbitkan dan menyebarkan dalam dua laporan elektronik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Aktiviti 1.2 - Membina keupayaan kakitangan IPT rakan kongsi berkaitan kelestarian kampus dan kecekapan guna tenaga menerusi penyampaian tiga bengkel latihan untuk jurulatih (Training of Trainers) dan seminar dalaman di setiap IPT rakan kongsi. 

 

TONGGAK 2. PENGUKUHAN INSTITUSIONAL - projek ini akan merangsang pembangunan budaya kampus yang lestari di IPT dengan mewujudkan atau mengukuhkan Pejabat Kelestarian yang antara lain, memfokuskan aktiviti mereka kepada penganjuran kempen kelestarian dan menyediakan atau mengemas kini rancangan kelestarian kampus yang akan diluluskan oleh pengurusan mereka yang lebih tinggi.

  • Aktiviti 2.1 – Mengukuhkan pejabat kelestarian, menganjurkan kempen kelestarian, dan mengemaskini rancangan kelestarian.
  • Aktiviti 2.2 – Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kakitangan dan pelajar IPT dan pihak berkepentingan luar yang berminat mengenai isu kelestarian kampus dan kecekapan guna tenaga melalui MOOC.

 

TONGGAK 3. PEMBANGUNAN STRATEGIK PADA TAHAP NASIONAL - melalui inisiatif rangkaian, hubungan akan diperkukuh antara IPT, pihak berkepentingan tempatan dan pembuat dasar negara. Penyampaian Kertas Putih kepada kerajaan, penganjuran dua persidangan kebangsaan mengenai kelestarian kampus dan pelancaran Rangkaian MYSUN akan memastikan kesan dan kelestarian di peringkat kebangsaan.

  • Aktiviti 3.1 - Meningkatkan dialog dengan pihak berkepentingan tempatan melalui penganjuran  4 perbincangan meja bulat di setiap IPT rakan kongsi.
  • Aktiviti 3.2 - Meningkatkan dialog dan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik di peringkat kebangsaan melalui penganjuran dua Persidangan Kebangsaan & Bengkel mengenai Kelestarian Kampus.
  • Aktiviti 3.3 - Menyediakan cadangan dasar untuk sektor Pendidikan Tinggi Malaysia untuk kelestarian kampus.

 

TONGGAK 4. KETERLIHATAN, KUALITI & PENGURUSAN - projek akan menyokong pakej kerja yang lain dan memastikan hasil yang berkualiti, relevan dan lestari serta keterlihatan yang tinggi dan interaksi erat antara semua kumpulan sasaran, pelaksanaan projek yang tepat pada masanya dan menepati belanjawan diperuntukkan.

  • Aktiviti 4.1 - Pelancaran platform kerjasama peringkat nasional untuk kampus IPT yang lestari, Rangkaian MYSUN, disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
  • Aktiviti 4.2 - Menyebarkan maklumat kepada kumpulan sasaran melalui pelbagai saluran.

 

Pada akhir projek, MYSUN akan menyokong institusi rakan kongsi dalam menzahirkan kampus yang lebih lestari, peningkatan modal insan, garis panduan tersusun dan konsisten untuk pembangunan negara, dan platform untuk kerjasama berterusan di dalam dan di luar konsortium, dan memastikan kesan jangka panjang projek di peringkat kebangsaan.