Langkau ke kandungan utama

FH JOANNEUM Gesellschaft mbH

Dengan lebih daripada 4000 pelajar, FH JOANNEUM ialah universiti sains terapan yang masih baharu. FH JOANNEUM mempunyai hubungan antarabangsa yang tediri daripada institusi rakan kongsi daripada pelbagai sektor pendidikan serta beberapa industri.

FH JOANNEUM adalah antara Universiti Sains Terapan terkemuka di Austria dan ia menawarkan program ijazah khusus dalam bidang perniagaan antarabangsa dan teknologi, kejuruteraan maklumat, mobiliti, rekaan dan media, khidmat sosial dan kesihatan awam. Program ijazah yang ditawarkan adalah di peringkat universiti dan bertujuan untuk memberikan latihan profesional berasaskan sains.

“Sustainability on the Campus” di FH JOANNEUM bertumpu kepada empat tahap:

  1. Pengurusan kemudahan univeriti telah menerima pensijilan negara “Ecoprofit” selama beberapa tahun dengan menumpu kepada pengurangan bahan buangan, penggunaan tenaga dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan alam sekitar.
  2. Pada peringkat organisasi, FHJ menggalakkan penjagaan kesihatan di tempat kerja melalui pelbagai tawaran am dan individu.
  3. Pada peringkat pendidikan, semakin banyak program kajian tentang kelestarian dalam beberapa bidang sosial dan teknikal yang dibangunkan.
  4. Akhir sekali, terdapat banyak inisiatif daripada pelbagai pihak di kampus, seperti pelajar, pensyarah dan staf organisasi, untuk menggalakkan dan melaksanakan aspek kelestarian di kampus.

Secara keseluruhannya, perjalanan untuk menjadi “kampus lestari” masih jauh tetapi universiti ini berada di laluan yang betul. Sehingga kini, FHJ telah diberikan anugerah “Sustainability Award” kebangsaan universiti di Austria sebanyak dua kali serta telah dicalonkan beberapa kali.

Country
Austria
Alamat
Alte Poststraße 149
8020 Graz
Austria
Sustainability Service