Langkau ke kandungan utama

University of Alicante

University of Alicante (UA) ditubuhkan pada tahun 1979. Ia merupakan antara universiti yang baru ditubuhkan di Sepanyol dan dianggap sebagai universiti paling berinovasi dan membangun di seluruh negara. Lebih daripada 30000 pelajar dalam negara dan 3000 pelajar antarabangsa mendaftar di 7 fakulti yang menawarkan lebih 50 ijazah dalam semua bidang pelajaran. UA menguruskan lebih daripada 2000 ahli akademik dan 1200 kakitangan pentadbiran.

UA berpengalaman menjalin kerjasama antarabangsa melalui program pembangunan kebolehan dalam pelajaran tinggi yang dibiayai oleh EU, dan telah menyumbang dalam Latihan kakitangan pengurusan universiti untuk menyatupadukan negara yang masih dalam peralihan dan membangunkan status serta rangkaian antarabangsa melalui International Project Management Office (OGPI) mereka.

Kampus UA di San Vicente del Raspeig telah menjadi rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk model pembangunan bandar dan usaha berterusan seluruh komuniti universiti ke arah kampus lestari melalui penggunaan tenaga lebih efisien, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, pengurangan penggunaan, pengurusan bahan buangan dan kitar semula, atau pelan mobiliti. Usaha kelestarian oleh UA adalah diselaraskan oleh Timbalan Rektor Kampus dan Teknologi, melalui Khidmat Infrastruktur dan Perkhidmatan dan Pejabat Pengurusan Persekitaran Ekokampus.

E-mel
Country
Spain
Alamat
Carretera de San Vicente del Raspeig s/n
03690 San Vicente del Raspeig (Alicante)
Spain
Telephone
+34 965 90 34 00
Sustainability Service