Langkau ke kandungan utama

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 24 Disember 1992. Sebuah universiti yang bersifat kontemporari dan berpandangan jauh, ia komited untuk melahirkan pemimpin, pengurus, saintis dan pakar teknikal; serta melahirkan graduan dan individu yang berkebolehan mengendalikan cabaran yang kompleks pada masa hadapan dengan penuh keyakinan, cekap dan kreatif. Universiti serba indah ini terletak di Kota Samarahan, ditengah-tengah pulau Borneo dengan kampus yang hanya 40 minit dari bandaraya Kuching, ibu kota yang paling ramai penduduk di Negeri Sarawak di Malaysia.

Untuk menjadi lebih aktif dan mempunyai jalinan dengan masyarakat di sekelilingnya, UNIMAS telah mewujudkan fokus strategik ke atas kemampanan untuk komuniti yang penuh kepelbagaian. Ini akan menyumbang kepada peranan penting dan berkesan dalam mengubah komuniti melalui pelbagai kaedah seperti program pemindahan pengetahuan dan teknologi serta program tanggungjawab sosial Universiti. Ekosistem yang unik ini menjurus kepada pencapaian matlamat pembangunan lestari (Sustainable Development Goals) yang mampan. UNIMAS telah mewujudkan Pusat Kelestarian Masyarakat dengan tujuan untuk memimpin dan menyelaras projek dan aktiviti pembangunan yang berkaitan dengan komuniti. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan dan dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya. Contoh aktiviti ialah Hutan Pendidikan UNIMAS, makmal kehidupan sebenar dan juga aktiviti kemapanan seperti plastik penggunaan sifar. Penyelidikan ke arah tenaga mapan dan boleh diperbaharui juga telah dipertingkatkan melalui penubuhan Institut Tenaga Mapan dan Diperbaharui (Institute of Sustainable And Renewable Energy).

Country
Malaysia
Alamat
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, MALAYSIA.
Sustainability Service