Langkau ke kandungan utama

Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktivti pengkomersialan produk penyelidikan.

Bagi memahami asas kelestarian kampus ia memerlukan kefahaman yang baik terhadap beberapa konsep seperti pengetahuan terhadap etika, sosial, kebudayaan, undang-undang dan peraturan alam sekitar serta reka bentuk lestari.

Selaras dengan menyokong misi UMP untuk menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi yang kreatif dan inovatif untuk memaksimumkan potensi manusia untuk kebaikan masyarakat.

Kelestarian di Kampus dapat memupuk budaya dan meningkatkan kesedaran staf serta pelajar dalam isu kelestarian, mengurangkan kesan alam sekitar keseluruhan universiti dan menggerakkan inisiatif ke arah usaha kelestarian kepada komuniti kampus dan masyarakat luar. Ia bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dalam kampus UMP yang merangkumi empat bidang berikut:

  • Prasarana dan Dasar
  • Jangkauan dan Komunikasi
  • Penilaian
  • Penglibatan Pelajar dan Sokongan Akademik
Country
Malaysia
Sustainability Service

Unit Kelestarian dan Kampus Hijau

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta

Kumpulan Fokus Penjimatan Tenaga

Kumpulan Penyelidik Kelestarian Tenaga &  Elektronik Kuasa

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik